Friday, March 27, 2009

The verdict

Pelajar telah diberi peluang untuk membentangkan tesis dan menjawab persoalan yang timbul. Keputusan sebulat suara adalah seperti berikut:

TESIS DITERIMA DENGAN PINDAAN BESAR

Pelajar telah diberi 60 hari daripada tarikh viva untuk membuat pembetulan dan pengesahan daripada Jawatankuasa Peperiksaan sebelum laporan tesis yang sebenar dihantar kepada Sekolah Pengajian Siswazah. Pembetulan yang perlu dibuat adalah seperti berikut:

1. Perbaiki abstrak dengan penerangan yang lebih jelas mengenai metodologi, penemuan utama dan kesimpulan. Ketiga-tiga aspek ini didapati tiada atau terlalu ringkas. Pastikan kedua-dua abstrak dalam bahasa Melayu dan Inggeris sama pengertiannya. Perbaiki kekurangan yang dinyatakan oleh setiap penilai secara terperinci.

2. Perbaiki Kenyataan Masalah supaya lebih jelas dengan menekankan kepada rangkakerja teori yang hendak dikaji. Sila lihat cadangan yang dibuat oleh Pemeriksan Luar di mana ia menekankan kepada phenomena self-directed learning dalam konteks yang berlainan. Nyatakan juga dengan jelas apa yang telah diketahui berkaitan dengan self-directed learning dalam situasi krisis dan bukan krisis.

3. Sorotan Literatur perlu diperbaiki supaya lebih mantap. Rajah di muka surat 28 tiada penjelasan yang lengkap. Pertimbangakan samada ia perlu atau tidak kerana tidak jelas mengapa ia diperlukan. Tambah maklumat seperti yang disyorkan oleh Pemeriksa Luar berkaitan dengan para di muka surat 67. Dengan memasukkan kepentingan self-directed learning dalam konteks budaya yang berbeza di antara Timor dan Barat adalah unsur penting bagi kajian ini.

4. Terdapat kekurangan penerangan dan rujukan dalam koteks kajian kualitatif berkaitan dengan concept mapping. Konsep ini sebenarnya tidak diketengahkan dalam kebanyakkan literatur kajian kualitatif, oleh yang demikian sekiranya ingin digunakan ia perlulah disokong dengan penerangan yang sangat jelas dengan bukti-bukti penggunaannya. Kalau tidak dapat dijustifikasikan dengan jelas ia tidak perlu digunakan dalam kajian ini. Memadai dengan menggunakan analisis yang generik bagi data kualitatif.

5. Perlu konsistent dalam kenyataan persolan kajian atau objektif. Penemuan menunjukkan jawapan kepada lima persoalan kajian walhal persoalan asal adalah hanya tiga. Semak semula bab penemuan kajian supaya penemuan kelihatan tidak mengelirukan. Pastikan komen daripada Pemeriksa Luar dan Dalam yang terperinci diambil kira untuk perbaiki bahagian ini. Bahagian ini perlu diubahsuai supaya lebih jelas.

Nota dalam Field notes sepatutnya adalah data dan ianya perlu dianalisis dan dibentangkan penemuannya bersama-sama dengan data temubual. Sekiranya ia hanya nota untuk penyelidik dan bukannya data ia dipanggil field diary. Pastikan pembentulan dibuat. Ringkasan untuk menerangkan penemuan kepada persoalan kajian adalah penting ia perlu dibuat dengan jelas supaya pembaca dapat ringkasan penemuan dengan tepat.

6 Rangkakerja konseptual di muka surat 174 mengelirukan. Adakah ini teori atau model yang terhasil daripada kajian? Atau working hyphotheses yang menunjukkan perkaitan antara beberapa angkubah yang terlibaht dalam phenomena kajian? Kajian ini tidak cuba memahami perkaitan antara angkubah dan ia juga bukan grounded theory yang dapat membentuk satu model yang baru. Perkaitan yang ditunjukkan mungkin boleh dijelaskan dalam bentuk working hyphotheses dan bukannya rangkakerja konsep yang baru. Cuba fahami pengertian rangkakerja konseptual.

7. Pastikan konvensen penulisan thesis mengikut bidang pendidikan dewasa ia itu APA edisi ke lima diikuti. Cara menulis rujukan, membuat kuatation, dan menulis number perlu mengikuti APA dan konsistent